Tuesday, September 25, 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW.(PESANAN UTK SEMUA UMAT2NYA.BETAPA BAGINDA MENYAYANGI KITA SEMUA)
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Islamic Information Centre (IIC), Kuching

"One Religion, Many Cultures"



Haaaa...ini lah tempat aku mencari rezeki.Islamic Information Centre atau dalam Bahasa Melayu nya ialah Pusat Penerangan Islam di mana ia adalah salah satu agensi Islam yg berada di bawah naungan Majlis Islam Sarawak. Mungkin masih ada pihak yg masih tidak kenal Islamic Informaton Centre (IIC) ini dan mungkin ada yg setiap hari melalui bangunan ini, tetapi tidak tahu apakah sebenarnya bangunan ini. IIC masih baru lagi dan ditubuhkan pada 17 Ogos 2008, hanya berusia 4 tahun. Fungsi utama IIC ini ialah menjalankan aktiviti dan program mengikut objektif-objektif nya sendiri, iaitu terdapat 6 objektif semuanya. Aktiviti serta program yang dijalankan adalah utk memperbetulkan salah faham terhadap agama Islam pada masa kini, dan utk memberi kefahaman lebih tentang Islam terutamanya kepada yang bukan Islam.

Pasti ada yg tertanya-tanya kenapa reka bentuk bangunan IIC ini seperti tokong Cina?? Utk pengetahuan semua, IIC direka bentuk bukan hanya mengikut rekaan bangunan Cina, tetapi jika memasuki ke dalam bangunan tersebut, dapat dilihat ialah 5 rekaan bentuk yg lain iaitu rekaan bentuk rumah Melayu, rumah panjang Iban, barok Bidayuh, rumah tinggi Melanau, dan rekaan Orang Ulu. Kesemua itu adalah etnik-etnik yg utama di Sarawak. Melalui rekaan bangunan tersebut telah menunjukkan "One Religion, Many Cultures". Islam adalah universal, dan bukan hanya khusus kepada orang Melayu atau Arab semata-mata. Jika kita lihat seluruh dunia, Islam meliputi pelbagai bangsa di dunia ini. Saya akan tunjukkan lagi gambar-gambar yg lain di IIC.

Pandangan IIC dari belakang.
Dari kiri: Rumah tinggi Melanau, Barok Bidayuh, Rumah Panjang Iban
                                                
Dari Kiri: Reka bentuk Rumah Melayu, Reka bentuk Istana Cina
                                      
Apa yang IIC ingin tunjuk dan buktikan kepada semua pihak ialah betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan juga hubungan silaturrahim sesama manusia di muka bumi ini tanpa mengira bangsa dan agama yg dianuti.
IIC mempunyai 2 prinsip nya sendiri, iaitu:

1) Surah Al-Iqra, ayat 1-5. 
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptkan sekalian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dari pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

2) Surah Al-Hujurat, ayat 13.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


Wajah-wajah ceria IIC


Allahualam...

Friday, September 14, 2012

Coretan Al-Laila (Malam)

FACEBOOK/MUKA BUKU



Umpama sudah menjadi kepastian kepada setiap individu zaman sekarang utk memiliki akaun facebook,sehinggakan ada individu memiliki lebih dari satu akaun facebook. Apa itu facebook?Di sini aku bukanlah menulis maksud facebook itu semata-mata. Tetapi kupasan yang akan aku buat di coretan ini ialah pendapat aku mengenai facebook dari pelbagai sudut,samada positif mahupun negatif. Positif ataupun negatif itu sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri,kerana dialah membuat pilihan samada menggunakan akaun facebook nya ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan. Baiklah, kita kenal dulu asal-usul facebook ini.Facebook ialah salah satu laman sosial yang paling popular pada masa sekarang. Ia adalah salah satu medium yang paling mudah untuk berhubung dengan rakan-rakan, utk mencari kenalan lama, mahupun utk mencari cinta. Walaupun syarat telah ditetapkan pengguna facebook hanya kepada yg berumur 16 tahun ke atas (kalau tak silap), tetapi penggunaan facebook oleh kanak-kanak tetap ramai. Itu tidak menjadi permasalahan, tetapi ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam memantau penggunaan facebook oleh kanak-kanak. Facebook telah diasaskan oleh seorang individu Israel, iaitu Mark Zuckerberg dan kini beliau merupakan salah seorang individu yg terkaya di dunia. Menurut sumber-sumber tertentu, Mark telah mendapat ilham utk mencipta laman sosial bernama facebook ini daripada satu amalan oleh kaum Yahudi (Israel) di mana sekiranya mereka mengalami masalah, kaum itu meluahkan masalah mereka di satu dinding batu yg besar yg terdapat di Israel. (Allahualam). Saya juga tidak pasti kesasihan mengenai kisah tersebut. Dan dengan adanya facebook ini, Mark telah berjaya membuat seluruh dunia melakukan perkara yg sama,tetapi di FACEBOOK. Terdapat pelbagai luahan yg telah di 'post'kan di 'wall' facebook masing-masing. Bahkan bila diperhatikan luahan-luahan di wall facebook, sehinggakan menayangkan aib sendiri,kebodohan sendiri. Jadi di sini kita dapat kelaskan pengguna seperti ini menggunakan medium ini ke arah negatif. Selain itu, facebook juga telah dijadikan medan perang dingin, perang psikologi dan bermacam-macam jenis peperangan lagi sehinggakan ada yg melibatkan agama,bangsa dan negara (chewahh). Mungkin apa yg kita dapat lihat situasi sekarang yg berlaku sekarang, penyalahgunaan satu medium laman sosial yg paling popular. Jika pengguna-pengguna facebook mengambil kesempatan ke atas kepopularan medium ini ke arah kebaikan dan menguntungkan,alangkah bagusnya. Tidak dinafikan juga terdapat ramai individu yg menggunakan facebook ini ke arah kebaikan seperti utk perniagaan, sebagai medium utk berdakwah, berkongsi ilmu dsb. Golongan ini tahu dengan penggunaan facebook yg terlalu banyak oleh masyarakat seluruh dunia,mereka mengambil kesempatan utk menyampaikan apa jua kebaikan,ilmu dan perniagaan yg mereka ada. Walaupun pada mulanya, sumber yg mengatakan asal-usul facebook dari seorang individu Israel, tetapi jika kita bijak dalam mengurus diri dalam laman sosial tersebut,pastinya ia tidak mendatangkan masalah bahkan mungkin lebih digalakkan lagi. Maka ternyata di sini Facebook dapat dijadikan medium ke arah kehancuran,ataupun medium ke arah keharmonian bergantung kepada pengguna Facebook itu sendiri. Seeloknya, jika kita menggunakan Facebook ini sebagai medium utk kita berdakwah dan menyampaikan pelbagai ilmu kita pasti manusia yg paling beruntung sekali.Bukan dari segi kewangan semata-mata,tetapi dari segi ilmu yg kita sampaikan itu. Amat besarlah pahala kita jika ilmu yg disampaikan tersebut diamal oleh rakan-rakan kita secara berterusan. Subhanallah..Jadi,ambillah kesempatan ke atas kemajuan teknologi yg telah tersedia sebaiknya utk kesejagatan diri kita dan seluruh manusia di muka bumi ini. MAKSEH..

Thursday, September 13, 2012

Selamat Sejahtera ke atas semua.

1st try....

Assalamualaikum utk semua,yang bermaksud sejahteralah ke atas kamu. Ini merupakan pertama kalinya aku menulis blog.Jadi kiranya di sini aku baru saja berjinak-jinak di dalam dunia seorang blogger. Yup,mungkin  di awal penulisan aku ini mungkin tidak dapat menarik perhatian pembaca-pembaca ataupun bloggersss yg lain. Sedangkan aku nak sign up blog pun aku ada problem..hehehe.biasalah,saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan. (skema nya ayat budak baru ni). Jadi mcm biasa,aku perkenalkan diri aku dulu ya. Al-kisah nama aku ini diberi oleh arwah datuk aku. At first, nama diberi hanyalah Ahmad. Tapi mak bpk aku tengok pendek semacam jer nama,jadi diorang tambah lah Shah kat belakang. Korang pandai2 lah gabungkan yer..Tujuan aku create blog ini,sebab aku rasa sejak akhir-akhir ini rajin pulak aku nak menulis. Bermacam-macam idea klua dari kepala otak aku yg sebesar dua buku lima tangan aku ni. Daripada aku sekadar meluahkan idea-idea aku di FB,aku terpikir utk membuat blog supaya aku sendiri dapat baca di hari muka kelak. Lagipun,aku rasa menulis ni dapat improve aku punya writting skill.So rasanya tak rugi pun kalau nak menulis kat sini asalkan apa yg ditulis tu berfaedah dan berinformasi. Aku budak Kuching, Sarawak di mana tempat yang mungkin ada sesetengah pihak masih mengatakan orang Sarawak dudok atas pokok.hehehe.Isu itu akan aku kupaskan lebih lanjut dalam penulisan aku yg akan datang. Chop..chop..jadi,disebabkan aku masih baru lagi dan masih banyak yg perlu dibelajar cara-cara utk membuat blog yg menarik dan seronok utk dibaca,aku harap para otai-otai bloggersss ini dapat beri tunjuk ajar kpd budak freshie mcm aku ni. Semoga apa yg dikongsikan dapat memberi manfaat kepada aku supaya aku dapat ajar org lain pulak utk join jadi blogger ni. Kira dapat show skill skit lah kat org baru nanti..acah jerrr..tak baik utk menunjuk-nunjuk diri pandai. Tetapi jika niat ikhlas tak per kan...Apa-apapun, hiasi diri dengan senyuman di wajah kerana ia hanya memerlukan pergerakan 17otot di muka anda berbanding 43 otot muka utk mengerutkan dahi anda. Senyum itu adalah sedekah. Walau apapun yg dilalui seharian,itu tidak bermakna kita tidak dapat mengukir senyuman di wajah yg sudah cukup manis itu. Sekian utk Suara Pena kali ini. MAKSEH....