Tuesday, September 25, 2012

Islamic Information Centre (IIC), Kuching

"One Religion, Many Cultures"



Haaaa...ini lah tempat aku mencari rezeki.Islamic Information Centre atau dalam Bahasa Melayu nya ialah Pusat Penerangan Islam di mana ia adalah salah satu agensi Islam yg berada di bawah naungan Majlis Islam Sarawak. Mungkin masih ada pihak yg masih tidak kenal Islamic Informaton Centre (IIC) ini dan mungkin ada yg setiap hari melalui bangunan ini, tetapi tidak tahu apakah sebenarnya bangunan ini. IIC masih baru lagi dan ditubuhkan pada 17 Ogos 2008, hanya berusia 4 tahun. Fungsi utama IIC ini ialah menjalankan aktiviti dan program mengikut objektif-objektif nya sendiri, iaitu terdapat 6 objektif semuanya. Aktiviti serta program yang dijalankan adalah utk memperbetulkan salah faham terhadap agama Islam pada masa kini, dan utk memberi kefahaman lebih tentang Islam terutamanya kepada yang bukan Islam.

Pasti ada yg tertanya-tanya kenapa reka bentuk bangunan IIC ini seperti tokong Cina?? Utk pengetahuan semua, IIC direka bentuk bukan hanya mengikut rekaan bangunan Cina, tetapi jika memasuki ke dalam bangunan tersebut, dapat dilihat ialah 5 rekaan bentuk yg lain iaitu rekaan bentuk rumah Melayu, rumah panjang Iban, barok Bidayuh, rumah tinggi Melanau, dan rekaan Orang Ulu. Kesemua itu adalah etnik-etnik yg utama di Sarawak. Melalui rekaan bangunan tersebut telah menunjukkan "One Religion, Many Cultures". Islam adalah universal, dan bukan hanya khusus kepada orang Melayu atau Arab semata-mata. Jika kita lihat seluruh dunia, Islam meliputi pelbagai bangsa di dunia ini. Saya akan tunjukkan lagi gambar-gambar yg lain di IIC.

Pandangan IIC dari belakang.
Dari kiri: Rumah tinggi Melanau, Barok Bidayuh, Rumah Panjang Iban
                                                
Dari Kiri: Reka bentuk Rumah Melayu, Reka bentuk Istana Cina
                                      
Apa yang IIC ingin tunjuk dan buktikan kepada semua pihak ialah betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan juga hubungan silaturrahim sesama manusia di muka bumi ini tanpa mengira bangsa dan agama yg dianuti.
IIC mempunyai 2 prinsip nya sendiri, iaitu:

1) Surah Al-Iqra, ayat 1-5. 
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptkan sekalian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dari pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

2) Surah Al-Hujurat, ayat 13.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


Wajah-wajah ceria IIC


Allahualam...

1 comment: